Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa..sedikit perkongsian untuk dikongsi bersama-sama.
Dikatakan pokok buah mulberry ini banyak khasiatnya. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan. Buahnya mengandungi khasiat seperti mineral dan vitamin.
Daunnya boleh direbus dan airnya boleh diminum tujuan untuk membersihkan badan. Air rebusan kulit pokok mulberry boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, batuk berkahak, asma dan banyak lagi.Daunnya juga boleh dijemur dikeringkan untuk di buat teh daun mulberry.
Pucuk daunnya diambil dan rebus buat ulam dengan sambal belacan..sedap, lemak-lemak. Air rebusannya jangan di buang, boleh diminum...sekiranya nak lagi sedap semasa merebusnya letak sedikit hirisan halia.
Boleh dikatakan pokok buah mulberry ada serba serbi kegunaan dan khasiatnya. Tak rugi tanam pokok ni....banyak manfaatnya.
Menurut ahli kimia, daun murbei mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat, dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.
Khasiat buah Mulberry ialah :
1. Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera
terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok
Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.
2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.
3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh
dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara
tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi
memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.
6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.
7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan
merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah
kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok
juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair
badan.
8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .
9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat
seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry,
mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan,
merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna
dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan
sembelit.
10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia,
kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan
kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus
mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat
kebas tangan dan kaki.
11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak.
Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air
mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan
membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.
12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau
sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan
sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.
13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah
mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya
gosokkan pada bahagian yang kebas.
14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.
15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
ReplyDelete..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring